Waktu Solat

Tuesday, 17 April 2012



9 FADHILAT MENDIDIK ANAK 

1.Ciumlah anakmu kerana pahala setiap ciuman itu dibalas dengan satu darjat syurga. Nisbah di antara dua darjat ialah 500 darjat.

2.Syurga itu ialah sebuah kampung kesenangan, tiada masuk ke dalamnya melainkan orang yang  menyukai kanak-kanak.

3.Barangsiapa keluar ke pekan Muslim dan membeli barang-barang dan kembali ke rumah dengan buah tangan untuk anak-anaknya, nescaya mendapat rahmat daripada Allah dan tidak diseksa di Akhirat kelak.

4.Muliakan anak-anak dengan mengajar mereka adab dan ilmu agama.
Barangsiapa memuliakan anak-anaknya dalam keadaan jahil dia turut menanggung tiap-tiap dosa yang dilakukan oleh anaknya itu dan barangsiapa membekalkan anaknya itu turut diperolehinya.

5.Aqrak pernah terlihat Nabi SAW mencium cucu baginda Hassan.
Aqrak berkata; “Anakku sepuluh orang banyaknya, namun tiada seorang pun yang pernah aku cium.”
Sabda Nabi SAW; “Orang yang tidak menyayangi tidak pula akan disayangi.”

6.Barangsiapa ke pasar dan membeli sesuatu barang untuk ahli keluarganya dan dia memikulnya ke rumah; pahalanya seperti dia memikul sedekah untuk orang yang sangat berhajat.

7.Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki.
Maka barangsiapa menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

8.Barangsiapa yang mengembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah. Orang yang menangis takutkan Allah diharamkan oleh Allah akan api neraka ke atas tubuhnya.

9.Seorang lelaki bertanya; “Ya Rasulullah, kepada siapakah harus aku berbakti? ”
Jawab baginda; “Berbaktilah kepada ibu bapamu.” 
Kata lelaki itu lagi; “Ibu bapaku sudah tiada lagi.”
Sabda Nabi SAW; “Kalau begitu berbaktilah kepada anakmu, ibubapa berhak terhadap dirimu dan anakmu pula berhak ke atas dirimu.”

Subhanallah..Begitu banyak ganjaran yang Allah kurniakan kepada mereka yang menyayangi anaknya.
Semoga kita semua mendapat fadhilat yang dinyatakan di atas. InsyaAllah…

Wednesday, 11 April 2012

TIPS UNTUK JADI ORANG YANG CEMERLANG



TIPS UNTUK JADI ORANG YANG CEMERLANG
by Dr. Fadzilah Kamsah

TATACARA MAKAN DAN MINUM
1) Sebelum tidur, maafkan semua orang tak kira siapa
    ~ InsyaAllah, Allah lipat gandakan rezeki.
2) Sebelum tidur, berdoalah - bergantung apa yang kita hendak
    ~ sepanjang tidur, otak akan generatekan all of our wish & InsyaAllah, kita akan work towards it (ada semangat) di keesokan harinya.
3) Makan buah sebelum breakfast, lunch & dinner
    ~ ikut Sunnah dan dapat pahala & also boleh rujuk kpd pakar pemakanan,
       vitamin C dari buah-buahan yang di makan selepas breakfast, lunch & dinner
       yang akan diperolehi adalah approaching 0%.
4) Jangan minum air semasa sedang makan (breakfast, lunch & dinner). Minum air selepas 15-30 minit selesai makan.
Untuk minum, bagi teguk yg pertama sahaja, biarkan air dalam mulut about 10s then baru telan. Teguk kedua & seterusnya boleh minum terus
     ~ sbb air liur ada enzyme yg boleh membunuh kuman dlm pankreas, perut, & so on yang akan dibawa oleh air tegukan pertama.
5) Seelok2nya makan malam sblm maghrib
    ~ ikut sunnah (Rasullullah makan sblm maghrib kecuali bulan Ramadhan saja ie masa maghrib), sebab, bagi yang tengah study (or anak2), otak akan berfungsi excellently (senang absorb ilmu) around 2 hrs selepas makan so, if makan at 8:30pm, around 10:30pm baru start study and most probably hanya boleh bertahan hingga jam 12 tgh malam saja, jadi, tidak banyak yang boleh dipelajari berbanding kalau makan pukul 6:30 (org Cina take dinner around this hour). Juga, kita tak tidur dalam kekenyangan (yg mana boleh menghindar dari membuat sembahyang malam)

TATACARA DI BILIK AIR
1) Selepas buang air kecil, berdehem 3x (teran sikit)
    ~ boleh elak drpd dapat batu karang
2) Semasa buang air besar, mengiring sedikit ke kiri
    ~ ikut sunnah sebab bila mengiring ke kiri, perut akan tekan bladder and senang buang air besar

TATACARA DIDIK ANAK
Antara tips untuk dpt anak bijak/genius,
1) ajar anak (atau baby) tidur mengiring ke kanan
    ~ sbb jantung (yg terletak sblh kiri) akan lebih “lapang”/”lega” dan mudah berdegup (perjalanan darah okay) and otak anak akan develop excellently.
2) Bagi anak2 yg dah azalinya active or hyper-active, kurang (or jgn) pakaikan baju warna orange
    ~sbb warna ini boleh merangsang secara actifnya tindak tanduk anak (ie.akan lebih nakal), sentiasa bersemangat waja & exuberant.

TATACARA DIDIK DIRI SENDIRI
1) Amalkan apa2 yg baik (juga amalan2 baru) selama 21+ plus hari berturut2
     ~ Rasullullah (saw) bersabda, sesuatu amalan yang diamalkan sekitar 21-30 hari, continuously, akan menjadi tabiat dan kalau tak, ilmu itu akan mati.
2) Buang segala rasa hasad dengki, dendam & lain2 yg negative
   ~ emosi2 ni akan membenarkan otak release excessive adrenaline, cortisone & toxine yg mana boleh membawa kepada beberapa penyakit cepat letih, wajah cepat nampak tua (tua sebelum waktunya), selalu sakit perut & etc.

ADA 3 KATEGORI MANUSIA:
BERJAYA       : Amalan Hari ini lebih baik daripada semalam
TERPEDAYA : Amalan Hari ini sama seperti semalam
CELAKA        : Amalan Hari ini lebih teruk daripada semalam

“Apabila kita kejar dunia, dunia akan lari; 
tetapi apabila kita kejar akhirat, dunia akan mengejar kita”

Monday, 2 April 2012

Kunjungan Ke SMK Sultanah Bahiyah (Alor Setar, Kedah) pada 01 April 2012 (Ahad)









9 Mimpi Nabi Muhammad SAW


Daripada Abdul Rahman Bin Samurah ra berkata, Nabi Muhammad saw bersabda:

"Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam aku sebelum di Israqkan........"

1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah di datangi oleh malaikatul maut dengan keadaan yang amat menggerunkan untuk mengambil nyawanya,maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA.

2. Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyiksakan, diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA.

3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis laknatullah, maka ia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah.

4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya oleh malaikat Ahzab,tetapi SOLATNYA YANG KHUSUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari seksaan itu.

5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia mendatangi satu telaga di halang dari meminumnya,ketika itu datanglah pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT memberi minum hingga ia merasa puas.

6. Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpulan-kumpulan, setiap kali dia datang dia akan diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA sambil ke kumpulanku seraya duduk disebelahku.

7. Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadan gelap gelita di sekelilingnya, sedangkan dia sendiri di dalam keadaan bingung, maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang-benderang.

8. Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidak pun membalas bicaranya,maka menjelmalah SIFAT SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya,lalu berbicara mereka dengannya.

9. Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukanya, maka segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH SWT lalu menabir muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut.

BERSABDA RASULULLAH SAW: "SAMPAIKANLAH PESANANKU KEPADA UMATKU
YANG LAIN WALAUPUN DENGAN SEPOTONG AYAT"

My Little Inspiration

My Eldest Princess 
Nurul Alisya
&
My Youngest Princess 
Nurul Amalin

~ You are my ispiration ~

Papa love you all so much